Minggu Perpaduan 2026 Perkukuh Keharmonian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 10 Jun 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perpaduan Negara terus mempergiat usaha memperkukuh perpaduan nasional menerusi penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang menjadi platform penting dalam menyemarakkan semangat keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Bersempena sambutan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud telah tampil dalam sesi temu bual eksklusif di program Selamat Pagi Malaysia bagi berkongsi pelbagai pengisian serta objektif utama penganjuran Minggu Perpaduan 2026.

Beliau menjelaskan bahawa sambutan berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan untuk memperkukuh integrasi nasional, memupuk persefahaman antara kaum serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengekalkan keharmonian yang telah menjadi asas kekuatan negara sejak sekian lama.

Menurut beliau, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan tersebut bagi menggalakkan penyertaan rakyat daripada pelbagai latar belakang dalam usaha memupuk semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormati.

-Advertisement-

Penganjuran Minggu Perpaduan 2026 juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kebersamaan, kemampanan dan kesejahteraan sosial dalam membentuk sebuah masyarakat yang lebih inklusif serta bersatu padu.

Melalui platform seperti ini, Kementerian Perpaduan Negara berharap kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dapat terus diperkasakan sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara untuk generasi akan datang. – The Capital Post