MOSTI Perkasa Potensi Generasi Muda Menerusi Program Fellow MADANI

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 6 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerima penempatan peserta Program Fellow MADANI bagi memberi peluang kepada generasi muda mendapatkan pengalaman secara langsung dalam persekitaran pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan awam.

Satu sesi perjumpaan antara Ketua Setiausaha MOSTI bersama peserta Fellow MADANI turut diadakan bagi memberikan pendedahan mengenai peranan dan fungsi kementerian dalam memacu agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

Menerusi penempatan tersebut, para peserta berpeluang memahami dengan lebih dekat proses penggubalan dasar, tadbir urus serta pelaksanaan inisiatif kerajaan, selain berkongsi idea dan perspektif baharu daripada golongan muda.

-Advertisement-

MOSTI berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang penempatan dapat membantu memperkukuh potensi kepimpinan serta membina jaringan profesional dalam kalangan peserta, di samping menyemai semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Program berkenaan turut menjadi ruang kepada generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat operasi dan peranan kementerian dalam membentuk serta melaksanakan dasar berkaitan sains, teknologi dan inovasi demi kepentingan negara – The Capital Post