WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27178) ORDER BY meta_id ASC

MOSTI sahkan tiada varian Mu di Malaysia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MOSTI sahkan tiada varian Mu di Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Mu yang dikesan hasil penjujukan genom ke atas sampel COVID-19 yang dijalankan di Malaysia, setakat ini.

-Advertisement-

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sehingga semalam, daripada 1,312 sampel yang dianalisis konsortium merangkumi tujuh makmal di bawah MOSTI, Kementerian Kesihatan (KKM) dan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sebanyak 1,246 sampel atau 94.9 peratus dikenal pasti sebagai varian jenis Delta.

Beliau berkata, 11 lagi sampel dikenal pasti sebagai varian Beta dan 55 lagi daripada varian lain.

“Sampel ini dipilih pihak KKM dan diambil daripada semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Varian Delta ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar jangkitannya yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya kluster baharu tempatan dengan pantas.

-Advertisement-

“Mereka yang belum divaksin juga berisiko tinggi untuk mudah mendapat varian Delta, justeru vaksinasi adalah perlindungan terbaik melawan varian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menetapkan varian Mu, juga dikenali sebagai B.1.621 sebagai ‘varian yang membimbangkan’ (VOI), tahap kedua tertinggi dalam klasifikasi variannya.

Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana varian Mu yang kali pertama dikesan di Colombia pada Januari lalu, disebarkan atau adakah ia imun terhadap vaksin. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC