Muhyiddin Yassin disambut dengan laungan “Hidup Tun”

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 24 Feb 2020 (The Capital Post) – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tiba di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas PPBM disambut dengan laungan “Hidup Tun” oleh ahli – ahli Parti tersebut.

-Advertisement-

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya senyum bergerak masuk untuk mempengerusikan mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi parti tersebut. YB Syed Saddiq turut dilihat menghadiri mesyuarat tersebut.

-Advertisement-

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju parti tersebut setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Parti tersebut keluar daripada Pakatan Harapan yang mana telah menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan telah hilang majoriti untuk memimpin kerajaan. Berita Terkini akan menyusul. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373