Kuala Lumpur, 24 Feb 2020 (The Capital Post) – Portal berita The Capital Post telah mengalami gangguan pelayan selama 12 jam berikutan bilangan yang melayari portal berita melepasi 200,000 pengguna online.
Portal berita The Capital Post yang turut serta melaporkan perkembangan politik tanah air dari masa – ke masa telah menarik perhatian penggunaan media online. Pasukan teknikal The Capital Post mengambil masa lebih 12 jam untuk mengembalikan sistem online The Capital Post.
Berikutan daripada insiden ini, Pihak pengurusan The Capital Post ingin memohon maaf atas segala kesulitan dalam kelewatan dalam melaporkan berita pada hari ini. – The Capital Post