MYAirline perlu bayar tunggakan gaji jika mahu beroperasi semula

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan tidak akan membenarkan MYAirline Sdn Bhd beroperasi semula, jika syarikat itu tidak melunaskan tunggakan gaji kakitangan serta membuat bayaran balik kepada penumpang.

-Advertisement-

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan syarikat terbabit perlu melunaskan terlebih dahulu dua syarat terbabit, jika mahu mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) untuk beroperasi semula.

“Kita akan bertemu dengan mereka kerana ingin mendengar sendiri apa cadangan mereka. Apa status sekarang ini kerana keutamaan ketika ini, apa sahaja permohonan yang mereka ingin buat, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, jika mereka mahu memulakan semula operasi.

“Pertama, mereka perlu berusaha memastikan ‘refund’ (bayaran balik) dibuat. Kedua, apa sahaja tertunggak terhadap kakitangan mereka, perlu dibayar. Jika mereka boleh memenuhi dua syarat ini, baru kita boleh berbincang. Jika tidak, ‘no way’ (tidak dibenarkan),” katanya sidang media di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan MYAirline Sdn Bhd memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Timur Tengah pada akhir Disember 2023, menurut sumber.

-Advertisement-

Sehubungan itu, sumber berkenaan yang tidak menyatakan nama pelabur berharap, MYAirline boleh melaksanakan usaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.

Berita lanjut menyusul

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373