Nilai Ringgit melonjak tinggi pada hari kedua selepas pelantikan PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR,25 Nov 2022 (The Capital Post): Ringgit meneruskan kenaikan pada kadar tinggi berbanding dolar AS pagi ini, dengan mengukuh 0.9 peratus kepada RM4.45 sedolar, mencerminkan sentimen pelabur dan peniaga terus positif berikutan selepas kemelut politik pembentukan kerajaan dilihat semakin reda.

-Advertisement-

Selain itu, turut mendorong kenaikan adalah berita bahawa bank pusat AS, Rizab Persekutuan AS memberi isyarat akan memperlahankan kenaikan kadar faedah dalam menangani inflasi.

Ringgit Malaysia mengukuh hampir 2.0 peratus semalam, peningkatan harian terbesar sejak Mac 2016 dan mendorong mata wang itu ke paras tertinggi dalam hampir tiga bulan iaitu Ogos lalu setelah kemelut politik dalam negara yang semakin reda.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli sParlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka menimbang pandangan Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara.

-Advertisement-

Anwar sebelum ini sudah menyatakan beliau bertekad mahu meringankan kos sara hidup di samping memperkasakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana di dalam negara.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279