PUTRAJAYA 17 Ogos 2026 (The Capital Post) – Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, meluangkan masa menziarahi Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK), Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS), YBrs. Encik Severinus Tukah, yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Kunjungan tersebut mencerminkan keprihatinan pihak kepimpinan Kementerian Perladangan dan Komoditi terhadap kebajikan serta kesejahteraan warga kementerian, khususnya mereka yang sedang melalui ujian kesihatan.
Dalam kesempatan berkenaan, YB Datuk Seri Dr. Noraini turut menyampaikan sokongan dan semangat kepada Encik Severinus sepanjang menjalani rawatan serta proses pemulihan.
-Advertisement-
Seluruh warga Kementerian Perladangan dan Komoditi turut mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kesihatan yang baik untuk kembali menjalani kehidupan dan tugas seperti sediakala.
Kunjungan tersebut juga menjadi simbol kebersamaan warga kementerian dalam memberikan sokongan moral kepada rakan sekerja ketika berdepan cabaran kesihatan. – The Capital Post