PUTRAJAYA 20 Mei 2026, Malaysia (The Capital Post) – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus memperkukuh pemantauan pelaksanaan projek pembangunan menerusi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Bilangan 5 Tahun 2026 yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Anis Rizana Mohd Zainudin pada Selasa.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi meneliti perkembangan semasa projek pembangunan kementerian selain membincangkan aspek pemantauan, pelaksanaan serta hala tuju pelbagai inisiatif strategik di bawah NRES.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk status kemajuan projek pembangunan, pengurusan kewangan kementerian serta langkah penambahbaikan bagi memastikan setiap program dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, telus dan memberi impak optimum kepada rakyat dan negara.
Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha memperkukuh penyelarasan antara jabatan dan agensi berkaitan dalam mempercepat pelaksanaan program serta meningkatkan kecekapan tadbir urus kementerian.
-Advertisement-
Menurut kementerian, pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan agenda pengurusan sumber asli dan kelestarian alam sekitar negara terus diperkasa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Mas Rizal Mohd Hilmi, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Mohd Azman Mohd Ariffin serta wakil daripada jabatan dan agensi persekutuan berkaitan. – The Capital Post