PERMATANG PAUH 26 Julai 2026, (The Capital Post) – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Perasmian Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh bersama Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.
Bertemakan “Pelajari. Alami. Kuasai.”, NTW 2026 menjadi platform penting dalam memperluaskan akses rakyat kepada pelbagai peluang latihan, pengalaman praktikal serta program peningkatan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa industri dan perubahan dunia pekerjaan.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran ekonomi serta perkembangan teknologi yang semakin pesat.
-Advertisement-
Melalui pelaksanaan program ini, rakyat Malaysia berpeluang memperkukuh pengetahuan, meneroka pengalaman baharu serta memperoleh kemahiran tambahan menerusi pelbagai aktiviti pembelajaran yang disediakan sepanjang penganjuran NTW 2026.
Kerajaan terus menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat sebagai elemen utama dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, inovatif dan bersedia memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan masa hadapan. – The Capital Post