KUALA LUMPUR: “Maaf saya tak boleh komen,” katanya.
-Advertisement-
Demikian permohonan maaf pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, 40, apabila diminta mengulas mengenai perkongsian luahan berbaur kekecewaan dalam aplikasi, TikTok, baru-baru ini.
Kata Nur Fazura, dia tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
-Advertisement-
“Itu hal peribadi, jadi saya tak boleh nak kongsikan. Kita buat semuanya kerana Allah. Mungkin sesetengah manusia berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.