WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24880) ORDER BY meta_id ASC

OLIMPIK: Penganjur nasihat jangan gigit pingat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

OLIMPIK: Penganjur nasihat jangan gigit pingat

Estimate Reading Time: < 1 minute

TOKYO: Penganjur Olimpik Tokyo mengingatkan atlet-atlet yang pingat ‘tidak boleh dimakan, dan diperbuat daripada bahan buangan elektronik sumbangan rakyat Jepun’.

-Advertisement-

“Jadi jangan gigit… tetapi kami tahu anda tetap akan melakukannya,” kata penganjur di media sosial.

Dengan temasya berlangsung ketika kadar jangkitan COVID-19 semakin meningkat di Jepun, nasihat itu hadir selepas pemenang dilihat mengamalkan tradisi menggigit pingat ketika bergambar.

Tradisi itu mungkin bukan satu ancaman sebelum ini, tetapi dalam norma baharu dan ditambah dengan Jepun menggunakan bahan elektronik buangan untuk menghasilkan pingat, ia tidak lagi selamat untuk dilakukan.

Projek Pingat Tokyo 2020 bermula dua tahun lalu di mana peralatan elektronik terpakai disumbangkan rakyat Jepun bagi menghasilkan 5,000 pingat emas, perak dan gangsa.

Kempen kita semula itu berjaya menghasilkan 32kg emas, 3,492.7kg perak dan 2,199.9kg gangsa daripada sejumlah 80 tan telefon mudah alih, komputer riba dan barangan elektronik terpakai lain.

-Advertisement-

Menggigit pingat emas bermula sejak Perang Dunia pertama, sebelum Olimpik memberikan pingat emas padu pertama pada tahun 1904. Pingat emas padu diberikan pada tahun 1912.

Pedagang menggigit logam mahal itu bagi menguji ketulenannya kerana emas lembut dan mudah dibentuk, jika meninggalkan kesan gigitan bermakna ia adalah tulen.

Pingat emas era moden hanya mengandungi satu peratus emas dan tidak boleh digigit seperti emas tulen.

Amalan itu menjadi kegilaan atlet dan jurugambar, dan antara gambar paling kerap digunakan dalam laporan media. – AGENSI – BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC