WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2714) ORDER BY meta_id ASC

Orang ramai tidak hiraukan ombak besar » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Orang ramai tidak hiraukan ombak besar

Estimate Reading Time: 2 minutes

MARANG: Orang ramai tidak menghiraukan ombak besar yang menghempas Pantai Rhu Dua, di sini, dengan meneruskan aktiviti mencari dan mengutip kerang bulu yang banyak ditemui di sekitar pantai terbabit sejak seminggu lalu.

-Advertisement-

Tinjauan yang dilakukan mendapati masih ramai penduduk tempatan mahupun orang luar mengunjungi pantai itu untuk mengutip kerang sehingga ada yang berjaya memperoleh sehingga 50 kilogram.

Mereka bagaikan berkampung dan berpesta di pantai terbabit bersama rakan dan keluarga yang turut sama membawa anak kecil untuk mencari kerang bulu atau nama saintifiknya, Anadara Spilula.

Aktiviti itu tentu sekali boleh mengundang bahaya termasuk lemas sekiranya tiada langkah keselamatan diambil dan juga pemantauan daripada orang lebih dewasa terhadap kanak-kanak yang turut sama turun pantai untuk mengutip kerang terbabit.

Seorang penduduk tempatan, Shaiful Ahmad Kamlze Wahid, 38, berkata dia hampir lemas ketika sedang mengutip kerang di pantai terbabit, Jumaat lalu namun sempat diselamatkan oleh rakannya yang berada berhampiran.

“Ketika sedang asyik mengutip kerang, saya tidak perasan bahawa sudah berada sedikit jauh daripada pantai dan tiba-tiba ombak besar datang menyebabkan saya ditarik oleh arus namun mujur sempat diselamatkan rakan.

“Saya mengakui mengalami sedikit trauma namun melihat rakan-rakan yang lain meneruskan aktiviti mengutip kerang ini menyebabkan perasaan untuk turun ke pantai tetap ada apatah lagi kehadiran kerang ini hanya setahun sekali,” katanya.

Bagi Jusoh Mamat, 56, pula berkata ombak yang semakin besar apabila masuk musim Monsun Timur Laut ini sememangnya boleh mengundang bahaya kepada orang ramai yang leka mencari kerang di pantai terbabit.

Katanya, keadaan ombak yang tidak menentu boleh menyebabkan seseorang itu ditarik arus seterusnya boleh berdepan dengan lemas.

-Advertisement-

“Kebanyakan yang datang sekarang adalah penduduk luar selepas mereka mengetahui kehadiran kerang bulu di pantai ini. Saya lihat ibu bapa asyik mencari kerang sehingga mengabaikan keselamatan anak mereka yang turut sama.

“Hampir setiap hari ada yang hampir lemas namun sempat diselamatkan. Jadi saya berharap pihak keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) boleh menempatkan anggota mereka untuk mengawasi orang ramai di pantai ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak tinggi akan melanda perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang yang dijangka esok hingga Sabtu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata keadaan ombak dan arus yang tidak menentu ketika Monsun Timur Laut adalah berbahaya dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai.

Katanya, APM akan menempatkan anggotanya untuk menjalankan pemantauan bagi tujuan keselamatan di pantai terbabit.

“Kami tidak mahu kejadian buruk berlaku seperti lemas dan sebagainya kerana difahamkan penduduk masuk ke laut hingga ke paras pinggang untuk mencari kerang itu.

“Mereka sukar dikawal kerana masing-masing seronok mencari kerang di pantai itu dan kehadiran APM di sana bertujuan memantau serta memastikan keselamatan mereka.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko dengan berenang ke kawasan yang terlalu dalam untuk mencari kerang itu memandangkan keadaan ombak yang kuat,” katanya. -The Star

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC