Pak Jamali sudah tiada…

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

-Advertisement-

Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali,

-Advertisement-

“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.

“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.

Allahyarham Jamali cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ pada era 1980-an. Foto Ihsan Sazli Jamali
Allahyarham Jamali cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ pada era 1980-an. Foto Ihsan Sazli Jamali

“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,” katanya kepada BH Online.

Pelawak kelahiran Bukit Kapar, Klang itu mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar, dua tahun lalu.

Arwah ketika itu bagaikan hilang semangat, banyak berdiam dan terpaksa bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri.

Arwah yang cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ pada era 1980-an juga kurang selera makan.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

-BH