WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27186) ORDER BY meta_id ASC

PAKAR bantu koperasi kluster kecil, mikro » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27187) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PAKAR bantu koperasi kluster kecil, mikro

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Program Bantuan Perakaunan dan Pengauditan Kepada Koperasi Kecil dan Mikro (PAKAR) yang dilancarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat meningkatkan prestasi pengauditan melalui pemberian geran sepadan.

-Advertisement-

Pengarah Bahagian Audit Koperasi SKM, Marcellinus Andreas, berkata inisiatif itu bagi membantu koperasi kluster kecil dan mikro yang bermasalah dalam penyediaan akaun serta pengauditan.

Beliau berkata, ia juga bagi meringankan beban koperasi kurang mampu dari aspek kewangan dan kemahiran untuk menyediakan akaun koperasi.

“PAKAR diperkenalkan sejak tahun lalu bagi meningkatkan kemahiran koperasi berkaitan penyenggaraan akaun, seterusnya menyediakan akaun untuk diaudit pada tahun kewangan berikutnya.

“Dengan itu, koperasi dapat mengukur prestasi kewangan berdasarkan akaun yang diaudit dan bagi memudahkan pihak berkepentingan membuat keputusan ekonomi dengan tepat serta berkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, syarat kelayakan bantuan PAKAR kepada koperasi kluster kecil dan mikro adalah koperasi aktif dan mempunyai tunggakan akaun sekurang-kurangnya dua tahun kewangan.

Bagaimanapun, katanya, tawaran itu turut terbuka kepada koperasi tidak aktif, tetapi berpotensi untuk dipulihkan.

Mengulas lanjut, Marcellinus berkata, bantuan itu dikategorikan sebagai pelan jangka pendek dan jangka panjang, namun dengan fokus berbeza.

Katanya, bagi pelan jangka pendek, ia terbahagi kepada dua iaitu Bantuan Penyediaan Akaun Koperasi (Bantuan Akaun) dan Bantuan Pengauditan Koperasi (Bantuan Audit).

“Pelan jangka panjang pula adalah bantuan sistem perakaunan yang akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, mengulas pemberian dividen pula, Marcellinus berkata, sehingga 31 Ogos lalu SKM menerima 188 permohonan pembayaran dividen atas modal syer berjumlah RM86.7 juta dan modal yuran berjumlah RM171.7 juta.

-Advertisement-

Katanya, daripada jumlah permohonan itu, SKM meluluskan 174 permohonan berjumlah RM84 juta atas modal syer dan RM101 juta atas modal yuran.

“Permohonan itu membabitkan cadangan pembayaran dividen melebihi kadar 10 peratus, koperasi yang mempunyai kerugian terkumpul atau koperasi menggunakan sumber selain keuntungan bersih tahun semasa selaras kehendak Seksyen 57 Akta dan GP2: Garis Panduan Permohonan Pembayaran Dividen Oleh Koperasi (Pindaan 2012).

“Bagaimanapun koperasi perlu mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) terlebih dulu sebelum pembayaran dividen dibuat kepada anggota koperasi,” katanya.

Marcellinus berkata, SKM turut prihatin terhadap koperasi yang tidak dapat mengadakan MAT kerana halangan bermesyuarat secara bersemuka dan perlu melanjutkan tempoh mesyuarat itu.

Susulan itu, beliau berkata, SKM boleh mempertimbangkan kelulusan dividen sebelum MAT mulai tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) bagi meringankan bebanan ekonomi anggotanya akibat penularan COVID-19.

Katanya, SKM turut memainkan peranan penting memastikan kualiti dan integriti maklumat kewangan koperasi.

“Justeru, pindaan ke atas GP23:Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi yang dibuat pada 2020, akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2022.

“Pindaan ini bertujuan menyeragamkan penyata kewangan koperasi selaras perkembangan dan perubahan dalam piawaian perakaunan yang diguna pakai di negara ini.

“Selain itu, penyeragaman ini perlu bagi memudahkan perbandingan atau pengukuran prestasi gerakan koperasi dengan sektor lain terutama sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan,” katanya.

Beliau berkata, SKM turut memuat naik info grafik GP23 (Pindaan 2020) di laman sesawang rasmi suruhanjaya itu dalam usaha menguar-uarkan pindaan kepada gerakan koperasi. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC