Pekerja sektor pembinaan divaksin mulai 1 Julai

Estimate Reading Time: < 1 minute

PELABUHAN KLANG: Program pemberian vaksin bagi sektor pembinaan akan bermula 1 Julai depan yang memfokuskan kawasan tapak pembinaan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-Advertisement-

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata ia akan dilaksanakan dengan penyelarasan bersama Kementerian Kerja Raya.

“Pada masa sama, pemberian vaksin sektor ini tidak akan mengganggu PICK yang sedang berjalan di seluruh negara,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) di Dewan Kelab Sukan LPK, di sini hari ini.

Khairy berkata, sehingga semalam pemberian vaksin di seluruh negara sudah mencapai 15.1 peratus individu yang disuntik dos pertama dan 5.8 peratus sudah melengkapkan dos kedua.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373