Umno tangguh pemilihan parti untuk 18 bulan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Umno menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih susulan wabak Covid-19.

-Advertisement-

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata, walaupun pemilihan boleh dijalankan secara maya, ia mustahil ketika ini kerana 3 juta ahli di peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara perlu bermesyuarat dan mendengar maklum balas akar umbi dalam proses itu.

“Menurut perlembagaan Umno, kita boleh tangguh selama 18 bulan…tapi tak semestinya kita perlu tunggu selama itu. Sekiranya keadaan bertambah baik, kita boleh dan akan adakan pemilihan lebih awal,” katanya kepada FMT.

Mohamad berkata, Umno sudah memaklumkan penangguhan itu dan sebabnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

-Advertisement-

Sebelum ini Mohamad dilapor berkata, Umno mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk menangguhkan pemilihan bermula dari tarikh Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada 28 Mac.

Pemilihan Umno dijangka diadakan pada hujung tahun ini, namun sebelum ini tarikh sebenar pemilihan bergantung kepada PRU15.-FMT