Pelarasan Peruntukan Wajar Dilaksana Tanpa Jejas Rakyat

Estimate Reading Time: 3 minutes

Sorotan Bulanan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi Mac 2026 menggambarkan ekonomi negara masih bergerak dengan inflasi terkawal pada 1.7 peratus, sistem perbankan kukuh dengan nisbah pinjaman terjejas kasar hanya 1.4 peratus dan pertumbuhan kredit sektor swasta stabil pada 5.6 peratus.

Angka ini memberikan gambaran betapa asas ekonomi domestik Malaysia masih mampu bertahan. Namun, di sebalik tenangnya angka BNM itu, terdapat ribut fiskal sedang melanda.

Konflik di Asia Barat menyebabkan harga minyak global melonjak, memaksa kerajaan berhadapan dengan kos subsidi dijangka mencecah RM58.4 bilion pada 2026 berbanding peruntukan asal hanya RM15 bilion. Jurang sebanyak RM43.4 bilion itu bukan sekadar nombor. Ia krisis memerlukan tindak balas segera dan berhemah.

-Advertisement-

Kementerian Kewangan baru-baru ini mencadangkan pemotongan RM3.06 bilion daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan RM2.39 bilion daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai sebahagian daripada pakej penjimatan keseluruhan RM10 bilion pihak kerajaan.