Sambutan Hari Hipertensi Di Seri Kembangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SERI KEMBANGAN 29 Mei 2026 (The Capital Post) – Sambutan Hari Hipertensi Sedunia anjuran Klinik Kesihatan Seri Kembangan yang berlangsung pada 22 Mei lalu berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti kesihatan dan program kesedaran awam.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Dr. Humadevi A/P Sivasamy yang menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam usaha mencegah penyakit tekanan darah tinggi serta penyakit tidak berjangkit lain.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk senam robik, pameran kesihatan, ceramah berkaitan kesihatan mental, demonstrasi penyediaan makanan sihat serta saringan kesihatan percuma.

-Advertisement-

Selain itu, kempen tersebut turut menyediakan saringan kanser serviks dan payudara sebagai langkah awal bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala dalam kalangan masyarakat.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung dan peserta yang hadir bagi menjayakan program tersebut sekali gus memperkukuh usaha membina komuniti yang lebih sihat dan peka terhadap penjagaan kesihatan diri. – The Capital Post