Pemain Las Palmas sesat di lapangan terbang

Estimate Reading Time: < 1 minute

LAS PALMAS: Seramai 15 pemain Las Palmas tersesat di lapangan terbang dan terlepas penerbangan mereka untuk aksi La Liga menentang Sevilla.

-Advertisement-

Pasukan yang berpangkalan di Kepulauan Canary itu perlu menaiki kapal terbang untuk aksi di tempat lawan.

Bagaimanapun 15 pemain mereka tidak sempat menaiki penerbangan komersial itu kerana pergi membeli kopi.

Las Palmas, yang kembali ke La Liga musim ini, tidak mampu membeli jet peribadi dan terpaksa menggunakan penerbangan komersial untuk perlawanan di tempat lawan.

Pasukan terpaksa menyewa jet untuk mengambil pemain-pemain yang tertinggal dan membawa mereka ke Seville.

-Advertisement-

Dalam aksi di Ramon Sanchez Pizjuan itu, Sevilla merakam kemenangan 1-0 hasil jaringan Dodi Lukebakio pada minit ke-71.

– Agensi

-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373