Pemuda MIC Wilayah Persekutuan buat Laporan Polis terhadap Ahli PKR

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 Dis 2019 (The Capital Post) – Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan Arumugam telah membuat laporan polis terhadap seorang anggota ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengaitkan insiden pergaduhan di Kongres Nasional PKR dan menuduh seakan parti MIC dan BN yang mengamalkan sikap gangsterism dalam kalangan parti politik.

-Advertisement-

Arumugam menyelar komen ahli PKR berkenaan bertanya apa kaitan MIC dengan insiden  pergaduhan persidangan Kongres PKR di Melaka dua hari lepas. “Insiden pergaduhan yang berlaku di melaka tempoh hari adalah antara ahli PKR sesama sendiri kerana tiada persefahaman dan persetujuan antara mereka, kenapa perlu melibatkan MIC dan BN dalam hal ini” soal Arumugam.

-Advertisement-

Arumugam membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Sentul meminta pihak polis membuat siasatan terperinci. – The Capital Post