Pengurangan kompaun saman trafik mulai esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula esok hingga 18 Julai ini.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Azisman Alias berkata, tawaran itu adalah bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman dalam kategori senarai hitam.

“Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

“Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan Covid-19 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, aplikasi MyBayar Saman turut dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat serta entiti perniagaan berdaftar sebagai pengguna sekali gus membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

-Advertisement-

“MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

“Kita juga berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayarsaman@rmp.gov.my atau muat turun aplikasi berkenaan di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei Gallery,” katanya.-METRO