WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30177) ORDER BY meta_id ASC

Penularan pantas subvarian BA.4, BA.5 cetus kebimbangan - KKM » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Penularan pantas subvarian BA.4, BA.5 cetus kebimbangan – KKM

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Penularan pantas subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dikesan di negara ini bulan lalu berupaya mencetuskan situasi lebih buruk dengan kebimbangan peningkatan ketara kes harian COVID-19 dalam negara.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata dengan lonjakan kes harian semasa rakyat sepatutnya lebih berwaspada dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kita harap rakyat tidak leka dengan prosedur operasi standard (SOP), kebimbangan ketika ini adalah subvarian BA.4 dan BA.5 yang hadir ke negara ini dan transmisinya cepat menular kepada orang lain, jadi semua jagalah SOP.

“Beberapa hari lalu, angka kes turut meningkat daripada 3,000, kepada 4,000 hingga 5,000 kes (sekarang), malah berlaku peningkatan kepada kes yang dirujuk ke hospital dari Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) ke Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Dwitahunan Persatuan Pakar Bedah Endoskopik dan Laparoskopik Malaysia (SELSMA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kongres SELSMA 2022, Dr Satkunan Mark dan Presiden SELSMA, Dr Vimal K Vasudeavan.

Awal bulan lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan kes pertama membabitkan penularan subvarian Omicron berkenaan iaitu

dua kes varian BA.5 dan satu jangkitan BA.4.

-Advertisement-

Dr Noor Azmi berkata, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara turut menyumbang kepada kebimbangan itu dengan angka yang direkodkan adalah 1.12 bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-29.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan sekatan bagi memperketatkan kawalan kesihatan dan pencegahan COVID-19, sebaliknya bersiap siaga dalam aspek pengurusan kesihatan awam.

“Setakat ini kita masih mengekalkan SOP dikeluarkan ketika peralihan ke fasa endemik lalu dan tak akan kuatkuasakan sekatan yang pernah dibuat dulu.

“KKM sentiasa bersiap sedia, contohnya di pintu masuk antarabangsa, saringan pemeriksaan diperketatkan lagi,” katanya memberitahu persediaan turut dibuat dengan memastikan fasiliti kesihatan awam berada dalam tahap terbaik dari segi pengurusan hospital, makmal dan kemudahan perubatan lain.

Beliau turut menyeru masyarakat pelbagai peringkat usia, khususnya yang mempunyai penyakit kronik supaya segera mengambil suntikan dos pengggalak kedua sebagai langkah perlindungan.

“KKM sediakan dos penggalak kedua, yang patut ambil mereka berusia 50 tahun ke atas dan ada penyakit kronik atau individu berusia 18 hingga 69 tahun yang ada penyakit komorbid atau penyakit berkaitan imun,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC