KUALA LUMPUR: Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah.
-Advertisement-
Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2260/2290 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2215 semasa ditutup semalam.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata penurunan semalaman harga minyak mentah Brent adalah berikutan penularan varian Delta COVID-19 di China, memberi ancaman untuk menjejaskan pemulihan dalam penggunaan minyak mentah dunia.
“Selain itu, pelabur dijangka turut mengambil kira perkembangan politik terkini di negara ini,” katanya kepada Bernama.
-Advertisement-
Sementara itu, unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8774/8805 daripada 3.8638/8666 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1274/1298 daripada 3.1223/1247 semasa ditutup semalam.
Ringgit susut berbanding euro kepada 5.0137/0173 daripada 5.0128/0164 dan rendah berbanding pound kepada 5.8771/8813 daripada 5.8696/8738.
-BERNAMA -BH