Muhyiddin menghadap Agong

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini sebentar tadi.

-Advertisement-

Kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar jam 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Sejak pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

-Advertisement-

Terdahulu, kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pada jam 10.48 pagi ini.

Muhyiddin yang bersongkok sempat menurunkan cermin tingkap kenderaan sebelum melambai kepada kumpulan pengamal media yang menunggu di persimpangan kawasan kediaman berkenaan.

-BH