WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32034) ORDER BY meta_id ASC

Perang media sosial berpotensi menarik pengundi pada PRU-15 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perang media sosial berpotensi menarik pengundi pada PRU-15

Estimate Reading Time: 3 minutes

PETALING JAYA, 17 OKTOBER 2022 (The Capital Post): Peperangan media sosial adalah sebahagian peperangan politik moden merencanakan kaedah dan strategi propaganda berterusan untuk memenangi sokongan berkepentingan politik.

-Advertisement-

Dalam pilihan raya khususnya, media sosial menjadi elemen utama pembentukan strategi berkepentingan politik yang memerlukan pengkhususan menjelang mekanisme penting demokrasi itu.

Perang saraf gerak saraf (GSPS) pernah ditafsirkan pada era tertentu sebagai pendekatan eksklusif dan penuh kerahsiaan tetapi era media sosial pada masa kini menjadikannya lebih terbuka serta berpotensi diaplikasi lebih meluas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), penggunaan perang saraf media sosial dibentuk berdasarkan tiga komponen utama, iaitu penggunaan tentera siber, pembunuhan karakter dan gelombang suara rakyat.

Melalui tentera siber, dikatakan penggunaan akaun palsu atau akaun media sosial dimiliki orang perseorangan dalam jumlah banyak mempopularkan dan menularkan isu berkepentingan politik berdasarkan objektif tertentu.

Pembunuhan karakter juga digunakan dalam media sosial secara meluas pada pilihan raya lalu. Ia dijalankan dengan memfokuskan isu tertentu secara strategik dan konsisten pada kumpulan sasaran terbuka.

‘Gelombang pembaharuan’

Aplikasi gelombang suara rakyat dibentuk menggunakan dua komponen utama dipercayai mewujudkan ‘gelombang pembaharuan’ oleh masyarakat pengundi untuk menukar pimpinan kerajaan.

Oleh itu, menjelang PRU-15 ini, dijangka percaturan media sosial akan terus menggunakan komponen sama.

Cuma kali ini akan agak sukar untuk mendesak gelombang pembaharuan masyarakat secara kolektif disebabkan umum semakin hilang minat pada politik negara.

Ini termasuk konflik ahli politik dilihat berterusan sejak Langkah Sheraton hingga pembubaran Parlimen dikatakan berkemungkinan dicetuskan peristiwa Warkah 12.

Pengundi juga semakin bijak mengenal pasti pemilikan akaun palsu tentera siber berdasarkan ciri utama, iaitu dengan mengesan jumlah pengikut rendah akaun palsu berkaitan dan padanan gambar paparan profil akaun media sosial tidak benar.

Justeru, apakah strategi gerak saraf akan digunakan bagi memenangi sokongan pengundi dalam PRU-15?

Pembunuhan karakter dijangka terus digunakan sebagai strategi utama dalam media sosial untuk memancing perhatian pengundi dan memupuk penolakan terhadap ahli politik serta gabungan politik berkaitan.

Penggunaan suara rakyat akan terus dimangkinkan secara berterusan dalam media sosial menggunakan isu berkepentingan rakyat seperti keadaan ekonomi, nilai ringgit, urus tadbir pentadbiran negara dan mendesak perubahan berkepentingan masyarakat bagi membentuk persepsi mengenai kepentingan menukar keadaan kehidupan lebih baik.

Kaedah simbolisme

Kaedah simbolisme menggunakan imej tertentu, kes berkepentingan umum, figura terkenal, karikatur sinis dan perbandingan logikal mudah akan dijadikan asas GSPS dalam peperangan propaganda media sosial.

-Advertisement-

Saratan simbolisme moden tanda pagar, warna dan lagu yang akan disertakan dengan klip video pendek ucapan serta imej selektif akan ditularkan berterusan dengan harapan membawa sokongan berterusan hingga hari pengundian.

Tema utama juga akan dibentuk mana-mana gabungan parti politik dan pemimpin politik untuk membentuk acuan pemikiran pengundi secara sedar dan separa sedar.

Malah, dengan pertambahan 5.8 juta pengundi muda, simbolisme moden lebih menarik akan menjadi antara teras utama strategi perang saraf media sosial.

Namun, adakah ia sebenarnya corak pembinaan GSPS yang kita mahukan untuk membina negara? Apakah pendekatan yang kita ingin sampaikan pada generasi anak muda pewaris kepemimpinan masa hadapan?

Tidak dinafikan terdapat kempen strategi perang saraf media sosial positif tetapi secara keseluruhannya pembaharuan diperlukan dalam mengubah acuan pemikiran masyarakat moden agar lebih positif dan menjadikan pemikiran berasaskan penyelesaian sebagai teras utama pemilihan ahli politik kepimpinan masyarakat serta negara.

Corak propaganda singkat negatif dan sensasi bukanlah tahap untuk santapan rakyat negara moden progresif seperti Malaysia. Pemikiran rakyat tidak boleh didangkalkan ke tahap itu oleh sesetengah ahli politik negara.

Kita masih jauh ketinggalan dengan adaptasi pengoperasian perang saraf kecerdasan buatan (AI) dengan kaedah algoritma untuk mengubah persepsi masyarakat dengan komponen perang saraf sedemikian.

Malahan episod ala Cambridge Analytica yang menggemparkan politik Amerika Syarikat (AS) juga belum dapat dipraktikkan di negara ini.

Jurang sedemikian diperakui masih wujud. Namun, ini tidak bermakna ia kaedah terbaik. AI dan algoritma persepsi adalah strategi media sosial masa hadapan namun pada masa kini kita mahukan masyarakat disajikan dengan propaganda politik positif dan membina negara.

Sajikan pengundi dengan kempen positif, penyelesaian masalah berkepentingan rakyat dan kerangka masa depan negara yang boleh dilaksanakan serta pengekalan teras utama falsafah ketamadunan negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Dasar Keselamatan Negara dibangunkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga perlu dirujuk sebagai asas strategi politik semua parti gabungan dalam negara. Inilah diperlukan sebagai elemen utama perang saraf media sosial menjelang pilihan raya.

Rakyat bersedia untuk membentuk negara progresif berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara tetapi mahukan wakil kepemimpinan masyarakat serta negara mempunyai dimensi pandangan positif berteraskan kerangka asas pemahaman sama.

Ini kerana apa yang penting adalah kita dapat membina ketamadunan positif dan progresif, bukan masih lagi berlegar dengan strategi perang saraf negatif dan hambar.

Penganalisis Keselamatan Dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UiTM

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC