WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32031) ORDER BY meta_id ASC

Waspada jerat penipu menyamar pakar kewangan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Waspada jerat penipu menyamar pakar kewangan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2022 (The Capital Post): Pelabur harus berwaspada dengan penipu skim pelaburan yang menyamar sebagai tokoh kewangan untuk menjerat mangsa ke dalam skim pelaburan penipuan mereka.

-Advertisement-

Penasihat kewangan berlesen, Dr Adam Zubir, berkata penipu suka menyamar sebagai tokoh kewangan dan namanya sendiri telah beberapa kali digunakan penipu pelaburan untuk memperdayakan orang ramai.

Bagi mengatasinya, pengasas bersama dan Pengarah Absorich Sdn Bhd itu mengeluarkan video menjelaskan isu berkenaan kepada pelanggannya supaya mereka berwaspada, di samping membuat laporan polis.

Justeru, beliau mengingatkan pelanggannya dan pelabur lain, jika terdapat pelaburan menggunakan namanya dan menjanjikan pulangan tidak masuk akal, itu bukan daripada pihaknya.

“Kalau ada pelaburan meminta buat pemindahan ke akaun peribadi, syarikat atau akaun keldai, itu semua adalah pelaburan penipuan.

“Ada juga yang menawarkan pakej seperti zamrud, nilam dan emas. Ini semua tidak masuk akal dan biasanya pelaburan yang sah tidak ada tawaran pakej,” katanya kepada BH.

Beliau ditemui pada temu bual eksklusif ketika pameran pendidikan pelabur anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), InvestSmart Fest 2022 (ISF 2022) yang berlangsung dari Jumaat lalu hingga semalam.

Adam turut menasihatkan orang ramai menimba ilmu pelaburan dan kewangan sebanyak mungkin supaya celik kewangan dan pelaburan bagi mengelak terjebak skim penipuan.

Beliau mengingatkan, pelaburan yang menawarkan pulangan tidak masuk akal dan munasabah sebahagian besarnya adalah skim penipuan.

-Advertisement-

“Peratusan pulangan lima hingga lapan peratus setahun adalah munasabah. Jika lima peratus sebulan adalah tidak munasabah.

“Walaupun boleh dapat (pulangan tinggi) dalam pelaburan tertentu seperti melabur dalam saham, namun caranya bukan sewenang-wenangnya letak duit goyang kaki dan dapat duit. Ini sah boleh dikatakan 99 peratus adalah penipuan,” katanya.

Mengulas prinsip ‘wang bekerja untuk anda’, Adam berkata, prinsip itu betul, tetapi pelabur perlu faham setiap pelaburan ada hadnya dari segi memberi pulangan.

Beliau berkata, dari segi had pulangan itu boleh diambil contoh seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan Tabung Haji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai sandaran yang memberikan pulangan tahunan sekitar lima hingga lapan peratus, iaitu pulangan yang munasabah.

Katanya, beliau menyarankan kaedah pelaburan yang mempunyai matlamat seperti pelaburan hartanah adalah untuk tabung persaraan, pelaburan dalam ASB sebagai rizab tunai dan pelaburan dalam pasaran saham bagi memperoleh wang tambahan.

“Jangan membuat pelaburan hanya mengikut kawan, sebaliknya lengkapkan diri dengan ilmu kewangan supaya pelaburan dibuat adalah hasil keputusan bermaklumat,” katanya.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC