Perdana Menteri bentang RMKe-12 pada 27 September ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

-Advertisement-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha penyediaan RMKe-12 juga kini hampir 100 peratus siap.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMKe-12 berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, hari ini.

-Advertisement-

Turut serta adalah timbalan beliau, Datuk Eddin Syazlee Shith.

– BERNAMA -BH