WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24503) ORDER BY meta_id ASC

Perjanjian Bandar Malaysia terbatal 6 Mei lalu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perjanjian Bandar Malaysia terbatal 6 Mei lalu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perjanjian Penjualan Saham Yang Dinyatakan Semula dan Dipinda (RASSA) bagi pembelian 60 peratus saham dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) luput pada 6 Mei 2021.

-Advertisement-

Ia berikutan syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian itu tidak dipenuhi oleh pihak-pihak berkenaan dalam tempoh syarat terdahulu.

RASSA bagi penjualan 60 peratus saham dalam BMSB kepada IWH CREC Sdn Bhd (ICSB), syarikat usaha sama antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC), dimeterai pada 17 Disember 2019.

BMSB adalah milik penuh TRX City Sdn Bhd manakala TRX City pula adalah anak syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“TRX City dan ICSB telah bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengekalkan perkongsian itu bagi merealisasikan matlamat bersama iaitu memanfaatkan potensi Bandar Malaysia.

“Meskipun usaha itu dilakukan, namun setakat ini, pihak-pihak berkenaan tidak dapat bersetuju secara bersama terhadap terma bagi lanjutan tempoh syarat terdahulu.

-Advertisement-

“Justeru, perjanjian ini kini dianggap terbatal dan tidak sah,” menurut kenyataan bersama TRX City, IWH dan CREC pada Rabu.

TRX City kekal komited untuk merealisasikan visi Bandar Malaysia, jelasnya.

Menurut kenyataan itu, mana-mana rancangan perniagaan serta pengkomersialan pada masa depan akan mengambil kira situasi pasaran serta agenda sosioekonomi nasional untuk memastikan ia terus berperanan sebagai pemboleh ekonomi penting yang akan menambah manfaat substantif kepada negara.

China Railway Group Ltd akan meneruskan jalinan rapat dengan TRX City dalam sebarang kerjasama masa depan di Malaysia manakala IWH pula terus menyokong kerajaan Malaysia dalam usaha pembangunan negara.-BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC