Persiapan Hari Kebangsaan 2026 kini 70 peratus siap

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2026 (The Capital Post) – Persiapan keseluruhan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 kini mencapai 70 peratus, dengan persembahan Human Graphics antara elemen yang sedang giat dipersiapkan menjelang sambutan pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Timbalan Menteri Komunikasi YBTM Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Halim Hamzah serta warga kementerian hari ini menyantuni peserta Human Graphics yang sedang menjalani persiapan bagi sambutan tersebut.

Fahmi turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada peserta atas usaha dan komitmen mereka dalam membuat persiapan persembahan.

Beliau berkata persembahan Human Graphics yang diadakan saban tahun menjadi antara simbol patriotisme yang istimewa dalam sambutan Hari Kebangsaan.

-Advertisement-

Fahmi turut memuji semangat peserta yang disifatkannya sebagai lebih bersedia daripada tahap keseluruhan persiapan sambutan ketika ini.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Fahmi Fadzil, beliau turut merakamkan penghargaan kepada peserta Human Graphics atas kerja keras dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2026. – The Capital Post