Perubahan iklim beri kesan kepada penyakit

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Kajian mendapati bencana alam seperti banjir, gelombang haba dan kemarau menyebabkan lebih separuh daripada ratusan penyakit berjangkit.

-Advertisement-

Menurut laporan kajian diterbitkan jurnal Nature Climate Change, yang disiarkan akhbar New York Post, kajian bukti perubatan emenunjukkan pelbagai penyakit seperti demam malaria, hantavirus, kolera dan antraks berisiko menjadi lebih buruk.

Ia mendapati 58 peratus atau 218 daripada 375 penyakit berjangkit yang diketahui manusia, menjadi lebih buruk disebabkan oleh salah satu daripada 10 jenis cuaca melampau akibat perubahan iklim.

Kajian itu turut memetakan 1,006 laluan bagaimana bencana iklim boleh membawa penyakit kepada manusia, di mana dalam sesetengah kes, hujan lebat dan banjir mencetuskan penyakit pembawaan nyamuk, tikus serta rusa kepada manusia.

Selain itu, lautan yang semakin panas dan gelombang haba mencemarkan sumber laut serta pelbagai makanan lain, manakala kemarau membawa kelawar yang menyebarkan jangkitan virus kepada manusia.

Pengarang bersama kajian itu, Dr Jonathan Patz, berkata sekiranya iklim berubah, risiko dijangkiti penyakit berjangkit juga berubah

Menerusi kajian sama, pasukan penyelidik itu turut mengkaji semua jenis penyakit berkaitan manusia termasuk penyakit tidak berjangkit seperti lelah, alahan dan gigitan haiwan untuk melihat bilangan penyakit yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

-Advertisement-

Mereka menemui 286 penyakit unik dan 223 daripadanya menjadi semakin teruk disebabkan bencana alam.

Ketua pengarang kajian itu, Camilo Mora, berkata pasukannya turut menyiasat kes perubatan berkaitan COVID-19 bagi melihat bagaimana wabak itu mempunyai hubungan dengan perubahan iklim.

Kesimpulannya, mereka menemui terdapat sejumlah kes di mana cuaca melampau memburukkan dan pada masa sama, mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Contohnya, dalam beberapa kes, gelombang haba di kawasan kejiranan miskin menyebabkan orang ramai berkumpul untuk menyejukkan badan, sekali gus menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan coronavirus.

Dalam keadaan lain pula, hujan lebat mengurangkan penularan COVID-19 kerana orang ramai kekal di rumah.

– AP -BH