Pesawat tidak ada perakam data penerbangan (FDR)

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas semalam dan mengorbankan 10 mangsa tidak mempunyai alat perakam data penerbangan (FDR).

-Advertisement-

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pada sidang media hari ini.

Pihak berkuasa siasatan meneruskan pencarian di lokasi kemalangan itu hari ini.

Bagaimanapun, perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang itu sudah ditemui pada jam 10.20 malam tadi yang menjadi antara bahan utama dalam siasatan kemalangan berkenaan.

Katanya, CVR itu dijumpai Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di lokasi utama nahas.

-Advertisement-

Semalam, 10 lelaki disahkan maut dalam nahas pesawat ringan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga EXCO Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373