WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30808) ORDER BY meta_id ASC

Petai dijangka laris di Malaysia Fest 2022 Singapura » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Petai dijangka laris di Malaysia Fest 2022 Singapura

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Petai dijangka terus mendapat sambutan tinggi sempena Malaysia Fest 2022 Singapura yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Ogos ini.

-Advertisement-

Sehubungan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) Perak membawa masuk 3,000 papan petai di negara tersebut.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin juga yakin jualan petai itu akan habis dalam tempoh 20 minit.

“Saya yakin habis dalam masa 20 minit sebab petai memang menjadi antara barangan yang mereka tunggu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pelepasan produk usahawan Perak ke Malaysia Fest 2022 Singapura, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak FAMA cuba untuk membawa lebih banyak petai ke program berkenaan tetapi bekalannya sukar diperolehi

-Advertisement-

Astro AWANI dimaklumkan petai itu akan dijual pada harga S$5 (RM16) untuk tiga papan.
Sebelum ini, FAMA pernah membawa masuk 10,000 papan petai di bawah program Jualan Terus Dari Ladang sempena Malaysia Fest 2019 di republik tersebut.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk Singapura ‘penghantaran’ pertama sebanyak 4,000 papan terpaksa ditambah.

Petai tersebut dibawa khas dari negeri Perak, yang sememangnya terkenal dengan komoditi itu.– Astro Awani

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC