Petugas SPR laksana proses undi awal dengan SOP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU – Seawal jam 5.40 pagi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar bagi melaksanakan proses pengundian awal membabitkan anggota tentera hari ini.

-Advertisement-

Proses pengundian awal yang bermula jam 8 pagi itu dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu membabitkan empat saluran.

Petugas SPR dilihat melaksanakan proses pengundian awal dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ini termasuk memastikan anggota tentera dan pasangan diperiksa suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan memasuki pusat mengundi.

-Advertisement-

Sebahagian petugas SPR dilihat memakai sut peralatan pelindungan diri (PPE) bagi melaksanakan proses pengundian awal hari ini.

Sementara itu, anggota tentera dan pasangan masing-masing mula tiba seawal jam 7 pagi dan melakukan pemeriksaan saluran mengundi sebelum melakukan undi awal.

-SINAR HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373