Vaksin COVID-19 mesti boleh diakses kepada semua negara, orang ramai – Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Vaksin COVID-19 apabila ditemukan, mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-Advertisement-

Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA, beliau berkata dalam aspek itu tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi.

“Kita perlu ingat oleh kerana COVID-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu,” katanya.

Tambah Muhyiddin, virus merbahaya itu telah meragut banyak nyawa dan telah mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

-Advertisement-

Beliau berkata, ia juga memberikan impak yang sama besar terhadap sosio-ekonomi.

Ini merupakan penampilan sulung Muhyiddin pada UNGA selepas menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun ini. Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya.

-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373