KUALA LUMPUR- Dua lelaki ditahan bersama 99 kotak mengandungi arak seludup yang dianggar bernilai RM219,300 di Kilometer 61.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Utara, Johor, malam tadi.
-Advertisement-
Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam Supt Ja’afar Kaimi berkata mereka ditahan ketika memandu dua van yang membawa arak itu, kira-kira pukul 11 malam.
“Suspek disyaki menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan sebagai laluan utama untuk membawa masuk arak seludup untuk pasaran di sekitar Melaka,” katanya kepada Bernama, hari ini.
-Advertisement-
Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an itu serta arak yang dirampas diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.- BERNAMA