WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (3000) ORDER BY meta_id ASC

PH di Perak tidak amal kronisme - MB » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PH di Perak tidak amal kronisme – MB

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH- Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengamalkan kronisme seperti didakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Rangkaian Organisasi Reformis Malaysia (PRO 98) Perak.

-Advertisement-

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, pihaknya percaya amalan kronisme tidak pernah berlaku sepanjang tempoh setahun setengah beliau ‘mengemudi’ pentadbiran negeri.

“Sampaikan salam saya kepada kumpulan tersebut, saya tidak akan berundur memegang jawatan menteri besar, ” katanya.

Ahmad Faizal ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-39, dan pelancaran Program ‘Perak Oxygen Land Bank’ yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Datuk Mohd Ridza A. Awang di sini, malam ini.

-Advertisement-

Pagi tadi, Setiausaha Pro 98, Sazali Samsudin dalam satu sidang media, mendesak Ahmad Faizal berundur daripada jawatannya itu, bagi memulihkan keyakinan rakyat dan penyokong PH di negeri itu.

Sazali mendakwa terdapat banyak kelemahan dan isu berlaku, termasuk amalan kronisme dalam mengisi pelbagai jawatan agensi kerajaan, serta kepimpinan kerajaan tempatan, selain mendakwa Ahmad Faizal mengumpul kekayaan bersama rakan dalam Bersatu dan UMNO.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC