PKP: Maklum jika jadi mangsa keganasan rumah tangga

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) meminta mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini untuk menghubungi talian khas disediakan bagi mendapatkan bantuan dan sokongan.

-Advertisement-

WAO dalam kenyataan memaklumkan sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga boleh mendapatkan perlindungan dan sokongan, membuat laporan polis, mendapatkan perintah perlindungan dan mendapatkan rawatan perubatan.

“Sekiranya anda terperangkap, anda boleh terus menghubungi pihak polis di 999 untuk membantu anda,” menurut kenyataan itu.

WAO dalam kenyataan menyatakan antara talian lain yang boleh dihubungi adalah:

WAO Hotline​: +603 7956 3488 (24 hours), TINA (WhatsApp): +6018 988 8058 (24 hours)

Talian Kasih 15999​ (24 hour) / +6019 2615999 (WhatsApp)

TELENISA​ Hotline & Whatsapp: +6012 812 3424

-Advertisement-

All Women’s Action Society (AWAM)​ Hotline & WhatsApp: +6016 237 4221

Women’s Centre For Change (WCC) Hotline: ( WCC Penang) +6011 3108 4001 /

016428 7265: (WCC Seberang/PPW) +6016 439 0698 / +6016 418 0342

SOLS Health​: E-mel ​navigaide@sols247.org​ / +6018 900 3247

Befrienders KL​: Telephone +603 7627 2929 (24 hours) – Bernama