PM Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 17 Jun 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang menghimpunkan pemimpin serantau dan rakan strategik untuk membincangkan kerjasama pelbagai bidang demi kepentingan bersama.

Sepanjang lawatan tersebut, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, bagi membincangkan hubungan dua hala serta peluang memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Rusia dalam sektor yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Selain itu, beliau turut dijadual menghadiri Forum Perniagaan Rusia-ASEAN yang menjadi platform penting dalam menggalakkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN dan Rusia.

-Advertisement-

Selepas menyempurnakan agenda rasmi di Kazan, Perdana Menteri akan meneruskan lawatan ke Ashgabat, Turkmenistan atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedow. Lawatan rasmi itu dijangka membuka ruang kepada perbincangan mengenai pengukuhan hubungan diplomatik serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Turkmenistan.

Lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memperkukuh hubungan diplomatik dan meneroka peluang baharu yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat negara ini. – The Capital Post