KUALA LUMPUR, 24 Nov 2022 (The Capital Post): Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan.
-Advertisement-
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN, hari ini.
“Mesyuarat membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
-Advertisement-
“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-BH
(The Capital Post)