Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu tamat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Nov 2022 (The Capital Post): Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu, bagi membincangkan kemelut politik tanah air, berakhir tengah hari tadi.

-Advertisement-

Sumber Istana Negara, perbincangan di antara lapan Raja-Raja Melayu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perbincangan khas itu berlangsung kira-kira sejam mulai jam 11 pagi, sejurus ketibaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba di Istana Negara di sini, pada jam 10.58 pagi.

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ini bagaimanapun tidak dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V, manakala Pahang dan Perlis diwakili Pemangku Raja masing-masing.

-Advertisement-

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, adalah yang terawal meninggalkan Istana Negara, pada jam 11.58 pagi.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279