Kuala Lumpur, 16 Okt 2019 (The Capital Post) – YB Senator Datuk M. Sambanthan, Presiden Indian Progressive Front Party (IPF) telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.30pm tadi. Mendiang Datuk M.Sambanthan yang berusia 54 tahun dimasukan ke IJN sejak 3 minggu lalu dikatakan dalam menerima rawatan sakit jantung beliau.
Datuk M.Sambanthan merupakan presiden ketiga parti itu selepas pengasasnya, Tan Sri M.G. Pandithan dan isterinya Puan Sri Jeyashree Pandithan.. Parti IPF yang merupakan Parti setiakawan Barisan Nasional sejak tahun 1990. – The Capital Post