WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28662) ORDER BY meta_id ASC

Prestasi lemah Wall Street jejas dagangan Bursa Malaysia » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Prestasi lemah Wall Street jejas dagangan Bursa Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan sesi urus niaga pagi ini agak tinggi sebelum susut selepas beberapa minit didagangkan, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.

-Advertisement-

Seorang peniaga berkata, peperangan yang berterusan di Ukraine serta kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dilihat terus membelenggu sentimen pasaran secara keseluruhannya.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.77 mata kepada 1,584.59 daripada 1,587.36 pada penutupan Khamis.

Indeks utama itu dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada 1,588.29.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 234 berbalas 99, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 180.92 juta bernilai RM78.86 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, sentimen secara keseluruhan dilihat terus berhati-hati kerana kekurangan pemangkin.

“Justeru, kami mengunjurkan indeks berlegar antara julat 1,580-1,595 hari ini.

“Sementara itu, minyak mentah Brent turun kepada AS$107 setong selepas laporan menyatakan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan meningkatkan bekalan,” kata beliau kepada Bernama.

-Advertisement-

Di pasaran domestik pula, saham wajaran tinggi utama Bursa, Maybank jatuh satu sen kepada RM8.93, Public Bank dan IHH Healhcare masing-masing turun dua sen kepada RM4.65 dan RM6.18, sementara Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM9.55.

Sementara itu, Nestle menokok 50 sen kepada RM134.10, PPB Group meningkat 10 sen kepada RM17.20, KL Kepong menambah empat sen kepada RM25.24 sementara Tenaga Nasional dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM9.00 dan RM3.79.

Bagi saham aktif, Pappajack meningkat 7.5 sen kepada 37.5 sen, MQ Technology, Vinest Capital dan Jade Marvel turun setengah sen masing-masing pada 4.5 sen, 23 sen dan 79.5 sen, manakala TWL naik setengah sen kepada 7.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 susut 34.29 mata kepada 13,819.18, Indeks FBMT 100 lemah 21.18 mata kepada 11,044.93, Indeks FBM Emas menguncup 23.26 mata kepada 11,364.06 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 33.04 mata menjadi 11,910.31.

Bagaimanapun, indeks FBM ACE naik 0.80 mata kepada 5,619.62.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.30 mata kepada 205.14, Indeks Perladangan turun 19.79 mata kepada 7,933.19, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.96 mata kepada 16,780.55.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC