WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33639) ORDER BY meta_id ASC

Pukul pemandu lori kontena, polis tahan dua suspek » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pukul pemandu lori kontena, polis tahan dua suspek

Estimate Reading Time: 2 minutes

KLANG: Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pemandu lori kontena yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terbunuh dekat Kampung Telok Gong di sini, pada Rabu lalu.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kedua-dua suspek lelaki yang ditahan itu berusia 38 tahun yang mana salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau dadah.

“Sehingga hari ini (semalam), dua lelaki ditahan dan seramai enam saksi dipanggil untuk membantu siasatan kes ini.

“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan seterusnya akan merujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek dan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Hoong Fong dalam kenyataan pada Khamis lalu memberitahu polis menerima satu laporan daripada pemandu lori kontena berusia 36 tahun yang mendakwa dipukul beberapa lelaki selepas kemalangan itu berlaku.

-Advertisement-

Katanya, selain dipukul, lelaki berkenaan mendakwa cermin hadapan lori kontena yang dipandunya turut dipecahkan.

“Akibat daripada itu, pemandu lori kontena mengalami kecederaan luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan sudah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Susulan itu, polis membuka kertas siasatan Seksyen 147 / 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kemalangan itu berlaku ketika dua beradik, Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir,9 dan Alif Zahfran,7 dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan membonceng motosikal bersama wanita berusia 54 tahun iaitu pengasuh yang juga jiran mereka.

Dalam kemalangan itu, Nurul Jannatun Assyifa maut di tempat kejadian akibat tergilis tayar belakang lori kontenan manakala adik lelakinya cedera di bahagian kepala. – Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC