Reman lelaki cuba seludup keluar dadah RM1.9 juta disambung

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA SELANGOR: Reman terhadap lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup keluar syabu dan pil ecstasy bernilai RM 1.9 juta, Jumaat lalu akan disambung.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata permohonan sambung reman terhadap suspek berusia 21 tahun itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

-Advertisement-

“Saya akan maklumkan semula selepas siasatan selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, polis melakukan serbuan di jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram selepas mengesan suspek yang cuba menyeludup keluar dadah jutaan ringgit ke Indonesia.
-BeritaHarian