WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30739) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit di paras terendah lebih 5 tahun berbanding dolar AS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit di paras terendah lebih 5 tahun berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut pada sesi pembukaan dagangan pagi ini berbanding dolar AS berikutan permintaan yang kukuh untuk dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) membayangkan kemungkinan pelarasan kadar faedah yang ketara untuk mengawal kenaikan inflasi AS, kata penganalisis.

-Advertisement-

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4670/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4685 pada penutup Rabu.

Dalam minit mesyuarat dasar terbaharunya, Fed berkata bahawa ia melihat ‘sedikit sahaja tanda’ pada lewat bulan lalu yang menunjukkan inflasi AS semakin berkurangan dan menyedari ia akan mengambil masa yang agak lama untuk situasi itu diselesaikan.

Bagaimanapun, kerugian ringgit dihadkan oleh kenaikan harga minyak, dengan penanda aras minyak mentah Brent didagangkan sekitar US$93 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pagi ini.

-Advertisement-

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2334/2361 daripada 3.2315/2338 pada penutup Rabu dan merosot berbanding euro pada 4.5501/5531 daripada 4.5455/5480 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.3126/3150 daripada 3.3126/3147 semalam, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3827/3864 daripada 5.4048/4078 sebelumnya.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC