Ringgit dibuka rendah kepada RM4.76 sedolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan malam ini, menurut penganalisis.

-Advertisement-

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7610/7670 berbanding dolar AS daripada 4.7595/7705 pada Jumaat.

Anggaran konsensus menunjukkan kadar inflasi AS boleh turun kepada 2.9 peratus tahun ke tahun pada Januari selepas meningkat kepada 3.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata IHP teras akan terus menunjukkan trend disinflasi kepada 3.8 peratus pada Januari.

“Kami percaya semua ini telah diambil kira, yang akan menyokong dolar AS dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pasaran buruh mungkin telah mengaburkan pandangan untuk penurunan kadar awal dan konflik geopolitik berpotensi menaikkan harga komoditi yang akan meningkatkan inflasi pada masa depan.

“Walaupun ringgit telah berada pada kedudukan terlebih jual dari aspek teknikal, peserta pasaran forex bimbang mengenai pendirian Rizab Persekutuan (Fed).

“Oleh itu, menjangka USD/MYR akan kekal dalam jajaran kecil antara RM4.76 dan RM4.77 hari ini,” katanya.

-Advertisement-

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1887/1929 daripada 3.1849/1925 pada Jumaat, susut berbanding pound kepada 6.0108/0183 daripada 6.0017/0156 sebelum ini dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1290/1355 daripada 5.1241/1359.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2478/2726 daripada 13.2540/2902 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.50/8.53 daripada 8.51/8.55 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5393/5440 daripada 3.5342/5429 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.2/305.8 daripada 304.3/305.2 pada Jumaat.

-BERNAMA
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373