Gallagher julang Chelsea di Selhurst Park

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Conor Gallagher meledak dua kali ketika menentang bekas kelabnya, Crystal Palace untuk kemenangan 3-1 Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park.

-Advertisement-

The Eagles yang dilanda kecederaan bermula baik apabila percubaan Jefferson Lerma meletakkan mereka di depan pada babak pertama.

Namun dua minit selepas rehat, Gallagher menyamakan kedudukan dan menambah jaringan dalam masa kecederaan untuk Chelsea mendahului permainan.

Enzo Fernandez mengesahkan kemenangan untuk melonjak Chelsea ke tangga ke-10 dan hanya dua mata di belakang tangga ketujuh bagi merebut saingan Eropah musim depan.

Palace kendalian Roy Hodgson berada di tangga ke-15, hanya lima mata di atas garis selamat.

“Ia sangat kejam tetapi sukan ini berkenaan gol dan malangnya kami melakukan kesilapan yang memberikan gol,” kata Hodgson.

-Advertisement-

Skuad tuan rumah turun tanpa tiga tonggak mereka – Eberechi Eze, Michael Olise dan Marc Guehi.

Sementara itu pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui anak buahnya bermula gugup tetapi bangkit pada babak kedua.

“Kami bermula hambar, tidak menunjukkan intensiti. Ia 45 minit pertama yang sukar. Babak kedua kami bermula sangat baik, mengikat kedudukan 1-1 dan berjaya mengawal permainan,” lata Pochettino.

-AFP
-BeritaHarian