Risiko Dominasi EV Asing di Malaysia

Estimate Reading Time: 4 minutes

KEPUTUSAN Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam menangani kemasukan BYD dari China ke pasaran tempatan mencetuskan perdebatan signifikan dalam kalangan penganalisis ekonomi dan penggubal dasar.

Pada 2023 hingga 2024, BYD menunjukkan prestasi jualan menggalakkan di negara ini, menyaksikan lonjakan mendadak dalam permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) buatan China.

Namun, kemasukan BYD bukan sekadar kisah kejayaan komersial biasa, ia ujian tanda aras yang mendedahkan kelemahan struktural dalam ekosistem automotif negara yang sudah lama dibina di atas tonggak proteksionisme.

-Advertisement-

Apabila pihak berkuasa membahaskan sama ada BYD perlu dikenakan syarat penyetempatan lebih ketat atau diberi kelonggaran pelaburan, hakikatnya Malaysia sedang berdepan dengan dilema sama yang dihadapinya selama hampir empat dekad, iaitu sama ada untuk melindungi atau bersaing.