Kerjasama Strategik Hadapi Krisis Bekalan Global

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 19 Mei 2026 (The Capital Post)Akmal Nasrullah hari ini meneruskan sesi perbincangan strategik berkaitan isu Krisis Bekalan Global bersama Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri bagi memperincikan langkah penyelarasan dasar merentas kementerian dan industri.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada cabaran rantaian bekalan global yang memberi kesan langsung kepada sektor pembuatan dan perdagangan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lebih terdedah kepada tekanan kewangan serta gangguan operasi.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan keberkesanan pengagihan subsidi, selain menilai semula status pelaksanaan inisiatif yang telah diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam usaha menangani impak krisis berkenaan.

-Advertisement-

Sesi tersebut turut menjadi platform penting bagi memperkukuh penyelarasan antara kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri dalam memastikan daya tahan ekonomi negara terus diperkasa, terutama dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik dan cabaran perdagangan global. – The Capital Post